Blogger Kuantan Meet Up! :D

5/11/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Beberapa hari yang lepas, mimi telah pergi ke Kuantan untuk menghadiri sebuah event dari brand yang ternama. Sungguh ku excited dapat pergi kesana. Yelah, kali pertama kan. Okay okay. Back to my point, apa yang mimi nak bagitahu sekarang ni bukan pasal event tu, yang tuu tunggu next entri tauu. Tapi sewaktu menghadiri event tu mimi dapatlah mengenali beberapa orang lagi blogger-blogger yang lain. Boleh dikatakan semua blogger yang hadir pada waktu itu merupakan blogger-blogger yang terkenal jugaklah. Pada mulanya kitorang macam segan-segan, malu je nak bercakap. Pastu lama-lama okay lah.

Antara blogger yang hadir pada hari itu ialah Shark dari Cerita Shark.Com, Amir dari AmirNawawi.Com, Syaf dari sleeepingdaydreamer.blogspot.com, Ina dari Inaainaa.Com dan Papaglamz dari Papaglamz.Com. Segan pun ada berdiri tepi dorang-dorang ni semua. Yelah, mimi ni kan baru je nak bertatih dalam dunia blog tapi dorang ni semua dah hebat-hebat belaka. Mestilah rasa macam alahai keciknya mimi ni. 

Blogger Kuantan Meet Up!

Dari kiri merupakan Papaglamz, Shark, Ina, Mimi, Syaf dan Amir. Fuhhh, tak sangka dapat berdiri dengan dorang ni semua. Best dapat kenal ngan dorang ni, dorang ni semua peramah dan tak sombong. Emm, Ina seorang yang banyak cakap dan seorang food lover ni mimi dah lama kenal dia sebenarnya sebab selalu jenguk blog dia, Papaglamz dengan Syaf pulak kenal dari Sahabat Blogger, cuma Shark dengan Amir jelah baru kenal. Shark ni pulak macam pemalu je orangnya. Hahaha *maaf Shark. Tapi si ina ni dari memula dia sampai, sampailah dah nak balik mulut dia tak berhenti bercakap, dialah penyeri kitorang ni semua. Dalam hati mimi boleh tahan jugak si ina ni. Hehe tapi so far dorang ni semua okay je. Masih boleh bawak berbincang laa. Kihkih

Sesi Suai Kenal. Kihkihkih
Sejujurnya, waktu jumpa haritu tak rasa tak puas hati sangat. Kenapa? Sebab kitorang dapat jumpa kejap je. Lepas event tuu, masing-masing ada hal. Tsk tsk alangkah syoknya kalau dapat berborak lelama sikit. Mesti best kan. Apa-apa pun gembira dapat kenal dengan korang semua. Harap lepasni dapat jumpa lagi tauu. Kalau dapat gathering macam ni lagi pun okay. Takpun kalau nak buat gathering macam ni lagi jangan lupa jemput mimi tauuuu.

Lots of love, Mimi :D

You Might Also Like

6 comments