Bad Boy Grill, Dungun.

Assalamualaikum Dan Hi :)

Wah, lamanya tak updated blog. Berhabuk dah blog ni. Nak buat cemana busy kot. Padahal takdelah busy mana. Hahaha K k. So back to the point, entri kali ni nak cerita pasal food. Huh. Suka je update pasal food. So, hari Juma'at lepas, weekend kan, mimi dan family keluar laa jalan-jalan. Nak pusing-pusing katanya. Tup tup sampai ke Dungun kami pusing-pusing. Jauh kan? Hahaha

Bad Boy Grill
Lepastu, sambil pepusing tu, kami semua pun kelaparan. Maklumlah makan pagi je, tengah hari makan ringan-ringan, petang tak makan lagi. Biasa lah tu kan. Kami pun terjumpa sebuah restoran ni. Simple je restorannya. Dari luar mimi tengok macam kedai apa ni, nak tak nak je pergi. Sekali dah masuk, perghhh cantik oi. Simple tapi cantik. Orang kata jangan tengok luaran je kan, tengok dalaman sekali. Tengok gambar kat atas ni. Tulah restorannya. Cantik kan. Nama restoran ni pun macam not bad jugak tapi menarik perhatian sangat iaitu Bad Boy Grill.




Sejujurnya, mimi pun dah mula tertarik dengan Bad Boy ni. Hihi. Masa mimi datang tuu takde orang lagi. Sebab waktu tu petang restoran pun baru bukak. Rasanya kalau malam restoran ni lagi hidup kot. Tapi takpe lepastu terus ramai orang. Hehe tapi tak amik gambar time orang ramai pulak. Takpelah ye. Bukan korang nak tengok orang pun kan. Adoi

Menu
Gambar kat atas ni ialah menu di Bad Boy Grill ni. Restoran ni baru je lagi bukak, baru 2 minggu tak silap. Masa mimi pergi tuu kedai ni cuma jual western food je. Tsk tsk. Kata seorang waiter kat restoran ni, "masakan panas takdelah, mungkin minggu depan baru ada kot. Mungkin lah." Emm, sedih mak nak.

Mushroom Soup With Garlic Bread


Lamb Chop
Ni sebahagian dari makanan yang kami makan, mushroom soup with garlic bread dengan lamb chop. Mimi sudah semestinya lah makan lamb chop kan. Hihihi kegemaran kot! Mimi dan lamb chop memang tak dapat dipisahkan. Dan makanan kat sini memang sedap! Memuaskan.


Teh O' Ais

Ganu Cola

Air pulak minum teh o' ais manakala adik mimi pulak minum ganu cola. Macam gambar kat atas. Ganuuu pun ada. Terbaikkk! :D Yang sedihnya mimi tak sempat pulak nak minum air ganu tuu sebab adik dah habiskan. Tsk tsk geram betul. Tapi sedap katanya. So, takpelah. Apa apa pun air teh o' ais dia tetap sedap best. Hihihi 

So, konklusinya, restoran ni memang terbaik lah. Lepas ni kalau ke dungun mesti singgah lagi. Lupa pulak nak gitau restoran ni dekat pantai uitm okay. 

Comments

Popular Posts